Penanaman rumpai laut di Pulau Selakan, Pulau Sebangkat & lain-lain pulau di daerah Semporna telah dijalankan sejak tahun 70-an lagi. Pada peringkat awalnya penanaman rumpai laut ini dijalankan secara tradisional oleh masyarakat tempatan, tetapi sejak akhir-akhir ini, tanaman rumpai laut ini telah dikomersialkan dengan berbagai-bagai syarikat & pelabur dari luar & dalam negeri telah membuat pelaburan di daerah Semporna. Untuk perjalanan pergi ke Pulau Selakan dari Semporna mengambil masa kira-kira 30-40 minit dengan menaiki speedbot.
Penanaman rumpai laut di Pulau Selakan & sekitarnya boleh ditanam sepanjang tahun kerana jarang berlaku rumpai laut dijangkiti penyakit ais-ais dll. Kedudukan pulau tersebut yang jauh dari sungai-sungai air tawar & penempatan membuatkan tanaman menjadi subur. Faktor lautnya bersih & mempunyai arus & ombak membuatkan tanaman subur & cepat membesar. Faktor lain juga adalah jarang dimakan oleh perosak lain seperti ikan belawis(dengkil) & juga penyu.

Had matang tanaman adalah 45 hari sudah boleh dituai & 30 hari untuk dipecahkan kepada benih. Terdapat 3 cara proses penjemuran;
- Proses jemur gantung - proses ini akan membuatkan rumpai laut menjadi warna ungu. Penjemuran ini mengambil masa 5-6 hari untuk kering tetapi mengikut keadaan faktor cuaca.
- Proses jemur dalam plastik - proses ini membuatkan rumpai laut menjadi putih hasil dari wap panas matahari membuatkan kulit luar rumpai laut itu terkupas. Proses ini mengambil masa 5-6 hari mengikut keadaan faktor cuaca.
- Proses jemur terus (diatas lantai) - proses ini yang paling mudah, warnanya bercampur-campur putih, ungu & hitam serta mempunyai kualiti yang rendah. Proses ini mengambil masa 3-4 hari mengikut keadaan faktor cuaca. Rumpai laut ini biasanya dihantar ke kilang memproses.
Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan nombor telefon pihak atau syarikat yang menjalankan penanaman rumpai laut di Pulau Selakan ini?
ReplyDeleteHal ini kerana, saya seorang mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang kini hendak mencari penempatan untuk menjalani Latihan Industri selama 3 -6 bulan.
Saya berharap saudara dapat membantu saya :)
Yang benar,
Radha Sulaiman